Tuesday, August 16, 2011

Diari kucing

Hi...

Nama aku miao. Aku seekor kucing jantan yang suka kucing betina. Aku rasa aku hot. Tapi aku bukan player. Aku ada girlfriend. Tapi dia duduk jauh. Seminggu sekali aku akan menghilangkan diri dari rumah agam aku dan merantau untuk bertemu dengan dia. Kami duduk satu taman perumahan tapi sebenarnya agak jauh untuk haiwan berkaki empat seperti aku untuk merantau sejauh itu. Tapi kerana cinta aku mampu.


Kisah cinta aku bermula di hari jumaat dimana aku tido di atas bumbung kereta incik abah. Seperti biasa Incik abah mahu pergi ke masjid utk solat jumaat. Incik abah tiada pilihan kerana aku tido mati lalu membawa kereta perlahan-lahan sambil aku tido di atas bumbung kereta. Bangun sahaja dari tido aku mendapati aku sudah berada di perkarangan masjid. Khatib sedang membaca khutbah. Aku berlalu pergi utk meninjau keadaan sekeliling. Tiba-tiba aku sedar yang aku sudah sesat. Aku sememangnya tak masak dgn kawasan asing itu. Ketika itulah aku berjumpa dgn si awek. Kini kami berhubungan. Aku mengambil masa 4 hari utk berpisah dgn si awek. Tapi aku tahu aku perlu balik ke rumah agamku kerana sudah pasti tuan aku risau dgn kehilangan aku. Sesampai dirumah, aku disambut dgn suam-suam kuku. Cik Ibu menyediakan ikan bakar utk aku. Aku sangat lapar. Aku makan dan aku bahagia.....

Setiap kali aku balik dari perantauan utk berjumpa si awek. Aku akan tido dgn nyenyaknya kerana kepenatan. Ditambah pula dibulan puasa ini, aku yang turut berpuasa sgt merasakan kelesuan itu. Kerana itu aku tido dgn pelbagai aksi tanpa aku sedari....





Salam Ramadhan....

No comments:

Post a Comment