Thursday, June 23, 2011

DEU mengimbau kisah lama.

Memang jika tidak di ikutkan hati, aku hanya akan post entri-entri gembira dan menceriakan saja di blog ini. Tapi disebabkan aku rasa semalam seperti sejarah SPM berulang, aku terpaksa masukkan entri yang berunsurkan kesedihan dan kemurungan jiwa.

Aku ingat lagi ketika zaman-zaman menduduki SPM dulu. perghh... Serabut... Serabut... Tapi nasib baik laa itu zaman kanak-kanak. Minda kuat lagi zaman tu. Zaman sekarang ni iaitu zaman remaja aku, minda aku lemau-mamau sebab banyak semut dalam air. Cis!! Rindu zaman kanak-kanak. Mane tak rindu, dulu aku boleh hafal ayat sebijik-sebijik dari dalam buku especially utk subjek seperti Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Syariah Islamiah, Al-Quran Sunnah. Itu semua subjek membunuh bagi manusia seperti aku yg memang bukan ke arah ulat buku. Tak suke. Tak suke. Tapi belajar tanam minat. Lama-lama, aku pon layan semua subjek tu.

Dulu tak berniat pon nak meneruskan belajar Bahasa Arab. Aku ingat nak surrender dah after PMR. Cukup laa Bahasa Arab Komunikasi je. Tapi Allah SWT lebih Mengetahui. Alhamdulillah. Even tak penah laa cemerlang sangat dalam tiap kali exam bulanan. Namun SPM aku tetap A. Itu adalah rezeki selepas berpenat lelah belajar menanam minat. Thanks Ustaz Pudien. Tak sia-sia kena panggil ke depan kelas buat kesekian kalinya sebab markah utk Paper 1 Bahasa Arab tak pernah nye nak sampai sekurang-kurangnya separuh dari markah penuh.
Markah standard aku:
15/40 atau 12/40, Paling tinggi pon aku hanya mampu dapat 19/40. Cuba sekarang ni jawab balik Paper 1 tu.
5/40 belum tentu.. huhu...

Semut laa ni sedut ilmu. hahaha.

Berbalik kepada kisah SPM tadi. Jumlah subjek yang diambil harus laa sampai dua digit. Tak dua digit tak AMALINA laa. Sekolah aku paling kurang pon 10 subjek kena ambik. Aku pegi balun 12 subjek. Ape derrr! Kanak-kanak minda kuat. Takde masalah punya. *berlagak*

Masih ingat pada Kertas 2 Kimia? Disangkakan tenang, rupanya ada kunyit!!!! Bukak helaian pertama nampak gambar kunyit. Terkezuttt berokk. Ingat dah salah paper dah. Paper Biologi ke ni? Tutup balik kertas soalan nak tengok betul tak kertas kimia ni. Betul.
Adehh. Kunyit?
Tak tengok soalan belakang-belakang lagi. Hampeh.

Fizik lagi hampeh. Aku banyak menggoreng utk paper tu. Memang sejak azali aku menggoreng utk paper fizik. Kadang-kadang rasa macam jawab paper sejarah betapa sedapnya menggoreng. hahaha... Fizik yang banyak fakta dan rumus-rumus pon boleh goreng.

Tak tumpah dengan keadaan aku menjawab module killer semalam. DEU atau nama penuhnya Description of English in Use. Memang mengasah skill aku untuk menggoreng lagi. Aku goreng dengan tambah perencah ADABAGI lagi. Bagi semua benda yang ada dalam minda ketika itu. Terfikir jugak aku. Subjek yang very factual dan memerlukan kefahaman konsep pon boleh goreng sedangkan tak lah faham sangat. Baca pon takk... Ape yang ado je aku kasi. *meraung*

DEU memang pembunuh jiwa. Aku kucewa!

Kalau paper ni lulus pon aku dah cukup bersyukur dah.

Sama laa ni perasaannya selepas SPM dulu.. Ketika menanti result keluar....
Orang tanya; 'kau target berapa A?' Membisu. Kelu lidahku.
Kitorang dulu Bonda (pengetua) yang paksa target straight A. So straight A laa kami target. Namun lepas SPM aku punya pedoman terhadap target itu mula goyah. hahaha.

Habis tu macam mana? Aku sangat berdebar tunggu result final exam ni.
Agak-agak ada macam graf SPM tak. Boleh turun naik bagai. =_='

Ada satu paper lagi nak jawab Hari Jumaat ni. Yosh!!







No comments:

Post a Comment