Friday, June 24, 2011

it's over!


Let's Rock Out!!!!

Time for:
Italy

Italy


&

Monaco



Thursday, June 23, 2011

DEU mengimbau kisah lama.

Memang jika tidak di ikutkan hati, aku hanya akan post entri-entri gembira dan menceriakan saja di blog ini. Tapi disebabkan aku rasa semalam seperti sejarah SPM berulang, aku terpaksa masukkan entri yang berunsurkan kesedihan dan kemurungan jiwa.

Aku ingat lagi ketika zaman-zaman menduduki SPM dulu. perghh... Serabut... Serabut... Tapi nasib baik laa itu zaman kanak-kanak. Minda kuat lagi zaman tu. Zaman sekarang ni iaitu zaman remaja aku, minda aku lemau-mamau sebab banyak semut dalam air. Cis!! Rindu zaman kanak-kanak. Mane tak rindu, dulu aku boleh hafal ayat sebijik-sebijik dari dalam buku especially utk subjek seperti Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Syariah Islamiah, Al-Quran Sunnah. Itu semua subjek membunuh bagi manusia seperti aku yg memang bukan ke arah ulat buku. Tak suke. Tak suke. Tapi belajar tanam minat. Lama-lama, aku pon layan semua subjek tu.

Dulu tak berniat pon nak meneruskan belajar Bahasa Arab. Aku ingat nak surrender dah after PMR. Cukup laa Bahasa Arab Komunikasi je. Tapi Allah SWT lebih Mengetahui. Alhamdulillah. Even tak penah laa cemerlang sangat dalam tiap kali exam bulanan. Namun SPM aku tetap A. Itu adalah rezeki selepas berpenat lelah belajar menanam minat. Thanks Ustaz Pudien. Tak sia-sia kena panggil ke depan kelas buat kesekian kalinya sebab markah utk Paper 1 Bahasa Arab tak pernah nye nak sampai sekurang-kurangnya separuh dari markah penuh.
Markah standard aku:
15/40 atau 12/40, Paling tinggi pon aku hanya mampu dapat 19/40. Cuba sekarang ni jawab balik Paper 1 tu.
5/40 belum tentu.. huhu...

Semut laa ni sedut ilmu. hahaha.

Berbalik kepada kisah SPM tadi. Jumlah subjek yang diambil harus laa sampai dua digit. Tak dua digit tak AMALINA laa. Sekolah aku paling kurang pon 10 subjek kena ambik. Aku pegi balun 12 subjek. Ape derrr! Kanak-kanak minda kuat. Takde masalah punya. *berlagak*

Masih ingat pada Kertas 2 Kimia? Disangkakan tenang, rupanya ada kunyit!!!! Bukak helaian pertama nampak gambar kunyit. Terkezuttt berokk. Ingat dah salah paper dah. Paper Biologi ke ni? Tutup balik kertas soalan nak tengok betul tak kertas kimia ni. Betul.
Adehh. Kunyit?
Tak tengok soalan belakang-belakang lagi. Hampeh.

Fizik lagi hampeh. Aku banyak menggoreng utk paper tu. Memang sejak azali aku menggoreng utk paper fizik. Kadang-kadang rasa macam jawab paper sejarah betapa sedapnya menggoreng. hahaha... Fizik yang banyak fakta dan rumus-rumus pon boleh goreng.

Tak tumpah dengan keadaan aku menjawab module killer semalam. DEU atau nama penuhnya Description of English in Use. Memang mengasah skill aku untuk menggoreng lagi. Aku goreng dengan tambah perencah ADABAGI lagi. Bagi semua benda yang ada dalam minda ketika itu. Terfikir jugak aku. Subjek yang very factual dan memerlukan kefahaman konsep pon boleh goreng sedangkan tak lah faham sangat. Baca pon takk... Ape yang ado je aku kasi. *meraung*

DEU memang pembunuh jiwa. Aku kucewa!

Kalau paper ni lulus pon aku dah cukup bersyukur dah.

Sama laa ni perasaannya selepas SPM dulu.. Ketika menanti result keluar....
Orang tanya; 'kau target berapa A?' Membisu. Kelu lidahku.
Kitorang dulu Bonda (pengetua) yang paksa target straight A. So straight A laa kami target. Namun lepas SPM aku punya pedoman terhadap target itu mula goyah. hahaha.

Habis tu macam mana? Aku sangat berdebar tunggu result final exam ni.
Agak-agak ada macam graf SPM tak. Boleh turun naik bagai. =_='

Ada satu paper lagi nak jawab Hari Jumaat ni. Yosh!!







Sunday, June 19, 2011

KelasiBulan

Masih ingat sama Sailormoon. Rindunya bukan kepalang sama Usagi-chan.
Aku tengah menahan diri dari menonton anime. Kalau aku dah start, say no to stop.
Nak laa tengok sampai mata jadi kuyu.

Nak try macam dibawah boleh? Even figure tak macam Usagi-chan, itu bukan penghalang.
Sailormoon petite version pon tidak mengapa. Dalam dunia kena ada variasi.

Video ini sangat cool. Teach us how to create an anime look.

Tak nak anime? Tak nak takpe.
Check out other videos about make up tutorial... And see how people can conteng their face like menconteng on a paper. Creative!

Yang penting kita enjoy!

Wednesday, June 15, 2011

Taylor Swift - Breathe

Learn to accept isn't easy

Baru habis satu paper, aku rasa dunia ini sangat indah. Kalau habis semua paper, aku tak tahu nak guna perkataan apa dah nak describe dunia ini. Ok. Mungkin kena start brainstrom kata-kata adjektif yang sesuai untuk menggambarkan keindahan dunia ini apabila habis exam nanti. haha...

Aku tabik spring laa kat mereka-mereka yang kena menduduki exam sampai berbelas papers. *Toing Toing* Gua tabik sama lu allzz....xD

Itu cerita exam yang tak habis lagi.


#Confession time

I read an article which is very honest. And good. Good because it makes me think. And I'm still thinking about everything.
About what I always want and what I already have.
No. No. It's not really about what I want because I don't really know what I want when it comes to relationship. I don't have any expectation when I think about someone special. Seriously I never expect anything. No need to be someone like

him


or him


Sudah terang lagi bersuluh. Memang mustahil. Obviously not.
I want a nerd. Ok ni tipu. Taknak laa nerd. Aku tak suka baca buku.
Expectation. None!

But maybe that was before.
Yes before.

Lately it happened to be different. Different in a way that I always think of something unnecessary. Like I want to play ice hockey. *Kidding*
Serious sangat. Nangis kang.
Ok. No need to decribe in details. Leave it as something I shouldn't think.

Hai laa Labu. Dah ada orang sayang taknak terima. Asyik nampak kesalahan orang saje. People do mistake and people deserve a second chance as well.

The thing is I'm not someone who can simply give the second chance. How?
Teach me.

Mungkin aku tak tahu erti bersyukur. Aku sedar yang kita sebagai manusia kena bersyukur dengan apa yang kita miliki.

As I drive away, I'll try to be bersyukur. Maybe this is the way I can learn and realise about everything. Once I've gathered my thoughts and gained my conscience, I'll come back....

I will....


If you are still there waiting...

Tuesday, June 7, 2011

Aku nak buat tapi aku tak buat lagi sebab aku sedang bersabar

Time exam ni lah aku nak tengok macam-macam cerita, nak buat macam-macam benda. Dugaan ni.. Aku tengah sabar ni. Focus exam dulu. Sabar ika sabar.

Lepas exam aku nak marathon tengok movie dan drama...

Antaranya:

(1)


Semua orang macam asyik sangat tengok cerita nora elena sekarang ni. Dengan mak aku pon sekali addicted dgn cerita ni.
Kata orang cerita ni sweet. Ok, lepas exam meh aku tgk sweet ke tak sweet cerite ni.
Aku dengar cerita ramai nak husband macam Seth tan (Aaron Aziz). Fine, meh kite lihat betapa sempurnanya hero Malaya ni dlm cerite ni lepas exam nanti...
Tungguuuuuuuuuuuuu~

(2)

Then, nak habiskan tengok cerita ni. HELL yeah! Habiskan selepas exam. Terus sambung season 2. Harus sabar berganda-ganda ika.

(3)




Owh. Kung Fu Panda ni cerita sampingan sambil lipat-lipat2 baju and kemas beg nak pegi Italy, nak pindah rumah and nak balik Malaysia nanti. Ini semua aktiviti lepas exam. Kene buat multi-task sbb masa sgt suntuk. Memandangkan Kung Fu Panda 1 pon aku tak tengok lagi, jadi sambil-sambil aku mengemas nanti meh laa aku habiskan semua sekali.

(4)


Ini pon antara movie yang patot sangat ditonton. Bradley Cooper kot. Harus lah tengok. Lepas tengok hangover 1 aritu aku rasa otak aku bersepah-sepah. Tak tahu sebabnya. Maybe sbb aksi-aksi dlm cerita ni sangat clumsy, miserable dan mendebarkan juga. Hangover part 1 carik orang hilang and last-last jumpa kat bumbung. Diorang jugak yg buat. Sengal. Hangover part 2 pon cari orang hilang jugak. hoho... Syiokk!! Confirm dah habis exam baru boleh tengok ni. Kang bersepah otak aku.

(5)

Siapa kata dah 22 tak boleh tengok katun. Aku kate boleh... haha...



Aku nak tengok 2 cerita di atas sampai habis. Stop separuh jalan kot gara-gara mahu menelaah pelajaran. *sangat laaa*



Then aku nak menunggu breaking dawn keluar di pawagam.



Tengok sampai keluar allignment entry. Punyer besor poster aku tampal dlm blog ni.

Toing ToinG! excited nak tengok Edward Cullen ni. heheh...

Ok... sambung baca buku.....