Sunday, May 22, 2011

Sudah botak baru dapat.

Macam-macam jenis kasut ada sekarang ni. Tinggal pilih je.

Ada orang pakai kasut ikut 4 musim. Setiap musim ada kasut tersendiri. Ini kalau duduk dekat negara-negara 4 musim. Nak apply trend ni dekat negara-negara hutan khatulistiwa pon boleh juge. No problem punyer. Yang penting confident. Kau pakai laa ape pon like boots bulu kambing biri-biri import dari OZ di tengah hari buta pergi ke mid valley pon tade hal. Pakai je laa. Orang memang akan pandang sebab orang ade mata.

Ada orang pakai kasut ikut tempat dan event. Ini applicable kat semua orang. Different events require different attire including shoes. Kalau sekolah kita akan pakai kasut sekolah. Kalau beriadah kita akan pakai kasut riadah. Kalau raya kita pakai kasut raya. Kalau pergi kebun kita pakai boot pegi kebun tu. Kalau pegi jamban kita pakai selipar jamban.

Jadi tidak dinafikan secara tak langsung semua orang pakai kasut yang telah di kelaskan mengikut kategori tempat.

Namun ada jugak orang sempoi. Pergi mane-mane pon kasut tu la. Sebab kasut itu dikatakan paling selesa dikaki pemakai.

Ada juga orang bajet sempoi sedangkan dia malas nak tukar kasut...

Selain itu ada juga orang yang sempoi melampau. Contohnya seperti pakai capal pergi interview kerja eksekutif pemasaran di Syarikat Maju Jaya. Melampau-lampau sangat sempoi nye tu. Paling-paling pon pakai laa kasut hitam zaman-zaman sekolah dulu or zaman matrik atau time pergi biro tatanegara. Paling busuk pon pinjam dari member. Yang penting kesesuaian kasut tersebut.

Itu terpulang kepada masing-masing. Hak masing-masing, duit pon masing-masing jugak.

BAGI AKU...

Mengumpul kasut adalah kepuasan. Tapi kasut takde lah banyak mana pon sekarang ni. Harus lah tambah koleksi yek??? *tampar diri sendiri*

Ada kasut masih mampu di beli dan ada kasut yang tahap dewa punyer mahal. Tak mampu derrr....

Contohnya seperti Uncle JIMMY punyer produk.

Macam ni
Jimmy Choo
Macam ni jugak
Jimmy Choo
Yang ni lagi satu *pengsan*

Jimmy Choo

Homaigod Gojessssssssssssssssssssssssssssssss baybeeeeeeeeeee!!!!!!!!!


Nak!!! Nak!!!

Mane nak korek duit RM3K utk sepasang kasut? Kepala dah botak baru dapat sepasang. Kalau nak sepuluh pasang. Kulit kepala pon tanggal.
Macam tak berbaloi kan kan kan kalau duit pon cukup makan je. Tapi kalau duit berguni-guni sampai tak tahu nak buat apa... Boleh laa beli kasut RM3k sepasang.


Nak!!! NAk!!!




$$$$$$$$$$$$$$$$$





No comments:

Post a Comment