Wednesday, April 20, 2011

Contohi aku Jangan!

Tahukah kamu apa itu assignment?

Bagi diriku, assignment adalah perkara yang paling tidak seronok dalam kehidupan seorang pelajar. Jadi ape yg seronok kalau gitu nye? Sudah tentu bermain-main tidak kira di mana jua. Melakukan perkara tanpa melibatkan penggunaan otak yg optimum. Itu adalah kebahagiaan.


Kenape AKU suke buat assignment last minute?


1) Otak aku biasanya akan berfungsi dengan maksimum apabila ianya dikerah ketika saat genting.

2) Banyak perkara-perkara seronok seperti menonton filem dan drama terpaksa ditangguh kerana mahu membuat assignment. Jadi tengok sampai puas dulu baru start bekerja.

3) Manusia kebiasaanya akan ada rasa kesedaran apabila sudah jauh terpesong. Contohnya, apabila sudah puas bermain-main, aku akan berasa bersemangat utk memulakan kerja kerana cemas dgn due date yg semakin hampir. Plus, rakan-rakan sekeliling dah macam makan pop corn... tap tap tap tap bunyi keyboard. Cuakkk wehhh....

4) Kalau buat awal-awal pon belom tentu siap... Dengan alasan, due date lambat lagi... Buat sikit-sikit lama2 jadi laa satu essay... PIRRAHH!! tak applicable kat aku... mintak maap...

5) Kalau start awal, kena buat reading awal, then menyampaikan next week tu dan aku lupa dulu. Tiada makne nye... Mungkin aku adalah STM= short term memory...


Kesimpulannya, tabiat ini mungkin buruk dan merugikan diri. Aku sedaaaaaaaaaar okkk! Dah lama dah aku reflect diri sendiri pasal ni.

Nak berubah tak?

NAK!!!
Aku nak berubah tapi aku masih tidak rajin.
huahuahuahua


Bukti yang kokoh di depan mata. Nak bukak blog sendiri pon malas! Ini kan pulak update...
ke laut ke laut!

No comments:

Post a Comment