Laporan Perkelahan Pelajar2 Warwick di Leamington Spa
Hari ini Jephson garden @ Leamington spa dikejutkan dgn kehadiran segerombolan budak2 malaysia yang membuat kecoh dekat taman tersebut. Ahli-ahli tersebut dikabarkan merupakan student TESL yg bakal menjadi cikgu mendidik anak2 bangsa suatu hari nanti. Kekecohan tersebut pada mulanya tidak lah setahap mana kerana semuanya sibuk menikmati hidangan-hidangan potluck yang dibawa secara langsung dr Taman Kebebasan (dlm arti kata lain Liberty Park). Dari apa yang dpt digambarkan makanan2 yang dibawa sgt 'yummy' contohnya nasi lemak, spaghetti, cucur jagung, cuppy cup cake, pizza torino, pizza iceland, doritos, walkers ready salted, sandwiches, sushi, ayam masak lada hitam dan bermacam-macam lagi. Itulah yg dikatakan rezeki. Bak kata pepatah sikit2 lama-lama jadi bukit, bersatu kite teguh bercerai kite roboh, yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing, yang bulat takkan dtg bergolek dsb.
Setelah mengisi ruangan kosong di perut dan usus, masing-masing memulakan aktiviti2 sampingan seperti bermain frisbee dan twister. Ade juga yang mengusha jejaka-jejaka tampan dan berhidung mancung yang sedang beristirehat menjemur diri dibawah cahaya matahari atau membawa anjing berjalan mengambil angin. Aktiviti frisbee tersebut berlangsung tanpa henti sepanjang perkelahan. Mereka semua sungguh asyik dan berseronok sakan bermain frisbee. Hanya suatu ketika aktiviti frisbee dihentikan seketika kerana frisbee tersebut terbang melepasi pagar taman dan susah untuk dikesan. Masing-masing berusaha mencari frisbee tersebut kerana khuatir akan hilang atau dicuri atau mungkin khuatir tuan punyer frisbee marah lantas menyebabkan aktiviti frisbee tidak dpt diteruskan. Namun, tidak lama kemudian frisbee tersebut telah ditemui dan aktiviti diteruskan. Kekecohan mereka bermain frisbee menggamit suasana taman Jephson. Orang-orang putih yang lalu lalang memandang pelik atau mungkin pandangan asyik dan tertarik dgn gelagat mereka. Mungkin mereka membuat kekecohan yang terlampau ketika bermain atau mungkin tidak pernah org bermain frisbee sekecoh itu. Jadi kekecohan yang pada mereka adalah suatu benda yang normal dan tidak seberapa menjadi suatu yang abnormal kepada orang-orang putih. Tetapi permainan tetap diteruskan tanpa segan silu. No hal lah...
Twister juga tidak kurang hebatnya, bersilang pangkah, kaki dan tangan mencapai bulatan berwarna mengikut arahan anep dan intan bagaikan menempah maut di tikar twister. Bermacam gelagat dapat dikesan ketika permainan dilangsungkan. Sungguh asyik sekali. Salah seorang pemain telah mengadu sakit pinggang dan seluruh abdomen sesudah bermain permainan tersebut. Ini mungkin juge boleh dijadikan sebagai teladan dan sebagai langkah berjaga-jaga kpd tuan punya badan dan semua org yang ingin bermain twster supaya stretching dahulu sebelum membuat aksi-aksi menyilang bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Suatu kejadian yang sungguh sadis telah berlaku pada waktu dan ketika semua org sedang asyik bermain. Dua org yg berkayak jatuh kedalam tasik tersebut. isk... kesian.
Laporan seterusnya, aktiviti mengemas sisa2 makanan dan brg2 dimulakan apabila jam sudah menunjukkan pukul 5.30ptg. Semua org sungguh prihatin dan menitik beratkan isu kebersihan. Sampah sarap habis dikutip dan tiada lagi sisa perkelahan, Taman kelihatan seperti sedia kala bagaikan kami tidak menjejakkan kaki di situ. Tidak lama kemudian, semua beransur-ansur bergerak pulang. Dengan itu berakhir lah laporan perkelahan pelajar2 warwick di Leamington spa. Diharapkan aktiviti2 seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan bagi mengeratkan tali silaturrahim dan persahabatan.
Yang melaporkan,
Tuan punyer blog.
P/s: gambar tiada utk di upload dan dikongsi sbb tiada dlm simpanan kerana my pinky dslr tidak digunakan kerana kemalasan.
gila dah macam wartawan mangga la. kecoh kecoh, panas panas.
ReplyDeleteMana part jurukamera??? tak sebut pown.
ReplyDeletereverie: harus laa panas... ni laporan antarabangsa... ini blog global...
ReplyDeletedodu: part jurukamera harus buat entry asing... speseL attribution...