Wednesday, March 14, 2012

cerita komputer

Lately my laptop buat hal yang pelik-pelik. Mula-mula die buat bunyi bising dulu; very loud sound. Makin lama dah macam bunyi enjin motor Awie pulak. Melampau sangat dah tu. Kalau buat bunyi tanpa kacau hidup aku tape. Ini tengok video kat youtube pon boleh terganggu. Die kasi bunyi sekali dgn screen freeze skali. Tension betul guwa!


Then, kena buat appointment dekat IT service centre. Bawak pegi IT service Point and jumpe pakcik engineer. Kat sini semua orang die panggil engineer. Pakcik repair lampu pon engineer jugak. Memang betul lah tu. =)

So, aku ingat dah ok lah. About a month die tak buat hal. Macam laptop baru pulak rasa. Then, here we are..
a second problem; tak boleh bukak windows langsung. Blue screen!
Amekaw!!!

Tanpa berlengah lagi aku bawak lagi pegi jumpa pakcik engineer.
Nasib baik service-service semua ni free since I live in campus. Well... what can I say. I'm a Warwick student who lives in campus, you know... Tampar jugak kang. Kau duduk hall paling murah jugak. Toilet dgn shower betul-betul depan pintu flat. Tu memang murah betul tu. Setiap kali nak keluar, kalau kena toilet baru lepas orang guna buat pelaburan memang kalahlah bau perfume Marc Jacobs i.... Kena lari laju-laju baru bau tak lekat.... Nasib badan la.

Pakcik engineer kemain suka bergurau, Mentang-mentang kita ni tahu guna laptop je dan yang lain tak tahu. Dia boleh guna caustic remark pulak. Fine! Aku tahu lah paling hebat pon aku boleh buat adalah install anti-virus. Kira hebat lah tu. Nak apa lagi? Bukan engineer macam die. Kite cikgu kot. Cikgu adalah pengguna teknologi bukan pembaiki dan pembaik pulih gadget. =_='

Tapi pakcik engineer baik. Maybe sarcasm is his second language but he did well. Kini laptop kembali pulih after second time hantar service. Pakcik engineer kata windows corrupted.
Dia kata bukan salah aku, salah Bill Gates.
See. Sarcastic statement.
Aku decide taknak consider it as a sarcasm but as a truth.

Yes. memang salah Bill Gates!
Semua salah kau, Bill! (macam jiran sebelah aku dah panggil Bill je...haha)

Aku harus move on. Mungkin aku patut try invention Steve Job pulak. Lepas ni boleh blame Mr.Job plak....=)

Macbook Pro macam best. Ye dok? hahah

Nak ni.....



Jadi, semua rakyat Malaysia kumpullah seposen sorang bagi kat ikabijou. Boleh lah beli Komputer Riba Epal Pro untuk ikabijou.....

Esoknya ikabijou kena buang negara..... Tammat....

Tu lah kau...

Orang kumpul duit dari kecik nak beli cincin. Tapi kau? Kau tak kumpul duit dari kecik-kecik....



*sigh*


Wednesday, January 18, 2012

Terukir dibintang

Terukir di bintang -Yuna

E
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
B7
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
E
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
B7 E
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Am E
Hati ini bukan milik ku lagi
Am E
Seribu tahun pun akan ku nanti
B7
Kan... kamu...

E
Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
B7 (E)
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...




Lagu ni best oooooooooooo....
Aku try chord ni..
Bunyi macam sedap je kat telinga aku...^_^


Monday, September 12, 2011

My wishes of a lifetime....

One of them are:

Making birthday cupcakes for Incik boyfriend....

So...

Here there are.....

Birthday Cupcakes for Ariff Yasir....


Now I feel

nomo nomo nomo nomo nomo

happy

satisfied

relieved

and

proud

Cuz the cupcakes turn out to be very cute and gorgeous to him and my eyes.



My first trial of making buttercream frosting for the cupcakes is a success!!! So should we try another frosting next time?

Hell yeah!!!


One thing I love about baking: Resepi berlambak di internet. Tanya saje pak haji Google...=D


Friday, August 26, 2011

Red Pearl





Red Pearl cookies ready to eat.

^_^

Thursday, August 25, 2011

Special Crispy Chocolate Chips

Mahukan Famous Amos cookies?
Mengapa mahu beli kalau boleh buat sendiri? haha
Try buat biskut ni. Rasa macam makan Famous Amos cookies okk... Tak Tipu...+_+


selepas dibakar


Sebelum dibakar


Aku tulis disini resepinya...

Bahan-bahannya:

(A)
200g mentega
80g gula castor
80g gula castor merah
1biji telur
1tsp vanilla essence
1/2 tsp garam

(B)
180g tepung gandum
50g tepung jagung
2sp serbuk koko
50g susu tepung
1/2tsp bicarbonate soda

(C)
50g rice bubble
50g almond nibs
50g walnut nibs
50g chocolate chips

Cara:
1) Putar mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi, then masukkan esen vanilla dan garam.
2) Campurkan semua bahan B
3) Masukkan adunan B dalam adunan A. Gaul hingga rata.
4) Masukkan adunan C
5) Sudukan adunan ke dalam paper cups or bulatkan adunan atas baking tray. Nanti dia akan kembang semangkuk macam chipsmore selepas dibakar dgn suhu 180C selama 20-25 minit.


Haruslah cuba. Resepi dah ada....


^_^

Biskut Raya Turun Temurun


Biskut Semperit Dahlia


Ini biskut wajib tiap-tiap tahun kat rumah aku. Kalau takde tu pelek....

Biskut ni kena ada kerana semua ahli rumah suka makan biskut semperit dan pembuatannya juga adalah ringkas dan mudah. Sekian






Wednesday, August 24, 2011

Biskut Raya Lagi

Yang tak berapa nak jadi...

Here is my version of Biskut Tembikai. I asked the recipe from a friend. My sister and I enjoy the taste but we didn't really like the process. Leceh. Becoz there're so many layers.
That's why lah bentuk biskut tembikai kitorang ni agak pelik sikit. Oh bukan lagi pelek. Bapak burokk sebenarnye... Malu aku nak tunjuk sebenarnye tp hasil usaha kita tak perlu malu utk dikongsikan. So there is my biskut tembikai. But jgn menilai sebelum merasa bcoz the end result is -----------> FINGER-LICIOUS YummmmM!!! *tipu* KAHKAHKAH

Colour tu main peranan okk... Nampak menarik baru rasa nak makan sedangkan rasanya tak boleh lawan biskut semperit. Sedap biskut semperit lagi.


Yang sangat menjadi...


Present to u ; Almond Chocolate

Acuan haruslah bentuk aiskrim baru nampak tempting sikit. Ditambah pula dgn celupan chocolate dan sedikit colourful sprinkle baru nampak macam aiskrim baskin robin. kah3~