Tuesday, April 26, 2011

Kasi Penampar Baru Tenang.

Sumpah aku rasa hati aku sakit sangat ni...
Ibaratnya macam mamat ni dah....



Nak aje aku carik-carik semua benda depan mata aku!


Ubatnya, kasik penampar aje kat sesiapa yang menambahkan amarah yang memang sedia ada. Memang patot sangat aku ambik kata-kata di bawah ini sebagai nasihat pada saat-saat macam ni.




Jiwa kaco!

Monday, April 25, 2011

Make up


Nampak senang je die conteng muka ni kan....
Pakai speck pon boleh nampak cun lagi.... Mungkin boleh cuba....
Isunya nak dengan taknak saje...

Kena laa shopping pulak ni...

1) Eye shadow biru = none!
2) berus lukisan nak keler mata= none!
3) eye liner putih= ilekkk!
4) lipstick pink pink sweet = kena beli baru!
5) fake lashes = beriye! tak perlu....



Tetibe aku dengar suara-suara sumbang berkata: "Takyah beli laa. Guna ape yg ade je"
*down*



Wednesday, April 20, 2011

Contohi aku Jangan!

Tahukah kamu apa itu assignment?

Bagi diriku, assignment adalah perkara yang paling tidak seronok dalam kehidupan seorang pelajar. Jadi ape yg seronok kalau gitu nye? Sudah tentu bermain-main tidak kira di mana jua. Melakukan perkara tanpa melibatkan penggunaan otak yg optimum. Itu adalah kebahagiaan.


Kenape AKU suke buat assignment last minute?


1) Otak aku biasanya akan berfungsi dengan maksimum apabila ianya dikerah ketika saat genting.

2) Banyak perkara-perkara seronok seperti menonton filem dan drama terpaksa ditangguh kerana mahu membuat assignment. Jadi tengok sampai puas dulu baru start bekerja.

3) Manusia kebiasaanya akan ada rasa kesedaran apabila sudah jauh terpesong. Contohnya, apabila sudah puas bermain-main, aku akan berasa bersemangat utk memulakan kerja kerana cemas dgn due date yg semakin hampir. Plus, rakan-rakan sekeliling dah macam makan pop corn... tap tap tap tap bunyi keyboard. Cuakkk wehhh....

4) Kalau buat awal-awal pon belom tentu siap... Dengan alasan, due date lambat lagi... Buat sikit-sikit lama2 jadi laa satu essay... PIRRAHH!! tak applicable kat aku... mintak maap...

5) Kalau start awal, kena buat reading awal, then menyampaikan next week tu dan aku lupa dulu. Tiada makne nye... Mungkin aku adalah STM= short term memory...


Kesimpulannya, tabiat ini mungkin buruk dan merugikan diri. Aku sedaaaaaaaaaar okkk! Dah lama dah aku reflect diri sendiri pasal ni.

Nak berubah tak?

NAK!!!
Aku nak berubah tapi aku masih tidak rajin.
huahuahuahua


Bukti yang kokoh di depan mata. Nak bukak blog sendiri pon malas! Ini kan pulak update...
ke laut ke laut!

Tuesday, April 19, 2011

membuang sawang.

Gila banyak sawang dekat blog aku!
Kite bakor aje blog ni!

Gile kau!
Blog aku kot ni weh..
Nak bakor-bakor pulak!


Lame gile dah rase nye tinggalkan blog tercinta ni...
Meh sini aku buang sawang-mawang ni...


Ini teacher ika kembali mengorak langkah ke alam blogging...

Apabila RAJIN datang jangan disoalkan, Layankan aje...


ZASSSSS!!!!



Thursday, March 10, 2011

Mendengar perkongsian mengenai di Palestin yang disampaikan oleh seorang remaja Palestin sangat menyentuh perasaan.

Membuatkan aku sedar betapa aku harus bersyukur dengan nikmat yang aku ada sekarang.

Alhamdulillah.

Let's give them our utmost support cuz they really need our support to gain freedom and justice.

Ya Allah, selamatkan lah umat Islam di Palestin, Egypt, Libya dan serata dunia.


Sunday, March 6, 2011

kanak-kanak memang sukar dijaga

Hari sabtu yang lalu aku telah warnakan kehidupan aku dengan warna pink iaitu warna seorang pendidik yakni AKU. sebab aku pakai baju bunga-bunga pink untuk pergi mengajar anak-anak akak-akak dan abang-abang postgrad.
Nama sekolah tu sekolah al-hidayah (penah masuk al-hidayah kat tv3). Markasnya di Muslim Resource Centre di Foleshill Coventry. Bagus dan sangat bernas idea membuka kelas macam ni untuk budak-budak ni sebab bm diorang memang hancuss... ke laut. banyak perkataan bm tak tahu. aku sedang umur tu test bm A+++. heheh.
Bagus laa kelas macam ni ada. so that BAHASA MELAYU tak luput ditelan zaman. Nanti kang balik Malaysia, satu patah haram tak reti cakap melayu. Akan menjadi satu cabaran untuk cikgu2 bm di masa hadapan. Cikgu bi boleh silang panggung tengok drama korea.

Al-kisahnya, kelas tu terbahagi kepada 3:

Tahap 1:
Kanak-kanak riang dan lincah. Range umur dalam 2-8 tahun.

Tahap 2:
Kanak-kanak besar sket.

Tahap 3:
Budok beso. sekolah menengah laa senang cite.

Mekk mengajar Level 1, Dell ajar level 3. kitorang siap lat ta li lat nak decide sape ajar level 3. alik-alik yang kene Dell. Aku memulakan langkah dengan ambik tahap 1 atau pengetua al-hidayah panggil level 1. Sesungguhnya, kite kene mulakan dengan langkah kecik nanti seluar koyak. jangan gelojoh. InsyaAllah lepas ni aku taknak ambil level 1 lagi. Sebab budak-budak ni bahaya..... Aku tak cukup tangan nak handle 10 orang budak besar tu. Kalau adik aku boleh laa di tangan-tangan kan aje kalau aku tengah cakap diorang pegi main tolak-tolak kerusi. mentang-mentang kerusi ada roda. Boleh main keliling kelas.
Ape aku buat dengan mereka yang sangat kinestatic ni??
Takyah fikir panjang. Mula-mula aku heret je mereka ke meja. Tapi aku sedar kalau aku buat macam ni selalu. Main kejar-kejar dgn diorang aku akan kehilangan tenaga dengan cepat. Mungkin pengsan! Jadi aku buat perjanjian dengan diorang. Kalau diorang berjaya spell perkataan-perkataan yg aku kasi dgn betul. Kita nyanyi sambil joget-joget!
HOOORAY!!! bersorak keriangan budak-budak ni

Aku baru nak ajar, sorang budak ni dah request. "Kak ika, i want to draw"

Aku mula berfikir. Takkan aku nak kasi budak ni melukis tanpa tujuan. Jadi aku improvise sket. Aku suruh diorang lukis one picture or a situation and name it in BM. If tak tahu tanya aku. Instruction aku terpaksa translate dlm bi jugak. Mula-mula aku cakap bm je diorang dah tercengang.
Then, aku mula edarkan kertas dan pensel. Mereka-mereka yg demand siap request: "kak ika, i want pencil with eraser on the top"
puas pulak aku selongkar box teaching aid tu carik pensil ada pemadam nak puaskan hati masing-masing.

Ok mereka start melukis. ada yg berbakat tu aku boleh terjemahkan lagi lukisan mereka. Ada yg pegang pensel pon tak betul, lukisan mereka mungkin picaso je boleh terjemah.

Habis session pertama, anak murid aku sudah tak senang duduk. Masing-masing aku tengok dah gatal nak bangun dari kerusi. Sorang budak ni dah buat-buat nak susu laa. Aku pon kasi minum susu. Aku mulakan session kedua, sambil aku ajar eja perkataan kat budak-budak lain, die minum susu botol. Indahnya dunia.

Sedang aku asyik mengajar,

aku: M A ma

budak-budak: M A ma

aku: T A ta

budak-budak: T A ta

aku: MATA

budak-budak: MATA

aku: good! ok next one. M A ma

budak-budak: M a ma

aku: D U du

budak A: kak ika, i want wee wee

aku: ok. jom.

Jadinya, aku pon kene uruskan budak yg ada hajat tersebut. Sebelum tu aku sempat melantik seorang ketua yang aku rasa boleh diharap untuk tengok kan kelas tu.

Selesai.

Balik kelas. separuh kelas dah start main tolak-tolak kerusi keliling kelas. Ada yang terlebih rajin padam satu meja dengan pemadam. Konon-konon nak kasi bersih. Itulah dia. Sekejap je tu aku tinggalkan diorang.
Aku tengok budak-budak kelas mekk dah siap main-main kejar-kejar lagi. Cepat benor habisnya. Dell, dengan bergayanya duduk kat meja sambil menanggu dagu. Buat discussion je. Tengok ajar budak besar tak penat. Masing-masing reti duduk diam-diam.


hohohoho.... Penat kejap aku mengajar level 1 sebab kene attend sorang-sorang dalam kelas tu. Tapi BEST sebab mereka sangat riang. Jadi aku pon riang.

Aku berpendapat wujudnya sekolah macam ni kat sini sangat satu rahmat. At least, budak budak ni takde laa lupa terus keindahan bahasa melayu, ilmu-ilmu agama dll... kat sekolah ni jugak dah jadi tempat postgrad jumpe tiap hari sabtu. Makan sama-sama, sembahyang berjemaah, dan borak-borak. Yang paling seronok budak-budak laa, riang gembira main tolak-tolak kerusi.



^_^

Sunday, February 13, 2011

Random


Assignment mood.....=,=