Thursday, September 19, 2013

Law Kana Bainana acoustic



Ya Allah..

Merdunya suara kau, si adik manis...

Sukanyeeee dengar...

^_^

Wednesday, September 18, 2013

Pelbagai jenis lafaz dalam perkahwinan

Antara lafaz-lafaz ababila dibacakan dan didengarkan boleh memberi kesan atau impak dalam hati seseorang yang berkahwin:

1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:
“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”
Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:
“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”
2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati:
“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”
Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:
“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..”
3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI(DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :
“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..”
4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”
5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”
Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.
6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)
“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada(nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”


Oh my goodness!

Ini kalau dengar, belum sempat habis dibaca aku dah nangis dulu sebaldi.

Belum aku yang baca "lafaz terima kasih dari anak" tersebut. Confirm bacaan dan intonasi tersebut akan diiringi oleh nada sebak, hingusan dan amilase yg berlebihan.

Sangat memberi kesan di hati orang yang terlibat.

Aku kalau dah nangis suara tak keluar ok! Jadi guna bahasa isyarat ke macam mana?





Konsep Pelamin 2013


Ini mengikut teori dan kehendak aku dan hanya aku... 


(1) Tema warna harus putih atau pastel.





Yang ni rare!
(2) Namun, Lighting yang memeriahkan dan mencantikkan pelamin itu wajibbulghunnah!



(3) awwww!! Bunga sakura berjuntai-juntai. Sekarang sakura tengah hot.


(4) Bunga berwarna pastel di dalam balang memang mengikuti trend dan kehendak terkini.


This one too colourful but  nice. 


Ini biasa tengok. Namun ada sentuhan sakura disitu. So aku kategorikan dan trend masa kini.


So, pelamin pilihan aku adalah yang mempunyai ciri-ciri di atas...



Cousin's Engagement Day!






Last Sunday, the weather was nice, clouds in a good mood, sky was calm and there was an engagement ceremony. 
Hari redup-redup manja gittew. Memang sangat sesuai untuk kenduri-kendara. I love kenduri! 

Alhamdulillah. kenduri berjalan lancar. Hujan pun tak. 
Dah musim akhir-akhir tahun ni biasalah... TENGKUJUH!

Anyway...
Congratulations to my dear cousin for the engagement. Really happy for you!






Wednesday, September 11, 2013



Currently reading this book... I've been reading this book since July. Still reading it now... I've stopped reading that book for a month..

Thanks for the memories! 

Monday, September 9, 2013

Feeling ignored...

I have been ignoring you, blog........

Where was I?

I haven't vanished, I'm alive. I'm sorry I have been ignoring you, blog. I needed a break from the blog, when you haven't got much to say there isn't much point is saying anything. It mainly jibber-jabber on here anyway. Im not writing the words of wisdom or informational articles or current news or politics or gossip anyway. I'm writing about random stuff mainly about my life and my surrounding... So if there's not much to say, there will be nothing to share...

Some pearl of wisdom, I'm working now!!! being busy with works, you know *poyo*. Lol... I have been so busy with 25 periods a week teaching English Form 1 until Form 5. It was a busy old day. But not anymore. That's why I'm here, blog: screeching the keyboard and scrolling the mouse - looking at you.

I have nothing to do!!!!

I'm bored!!!

Sure that is what it is all about.

Blog, well this is just for blowing your own trumpet tell your friends how it all went, how me come back here and doodling and writing and passing time, passing time for me while on the staffroom looking at random stuff on the Facebook and and read almost all the status on the timeline and writing random stuff on you.

Well.. Blog.. not feeling ignored anymore.


Sunday, May 13, 2012

celebrating the newly weds...

Somebody just getting married not long ago... Semoga mereka berbahagia selamanya....

Hakikatnya, kebanyakan kenalan sekolah bergilir-gilir kahwin. Seronoknya mereka.
Alhamdulillah jodoh mereka awal.

Turn aku belum sampai lagi. Bila? Tu kita tak tahu. Tunggu bila card dah diedarkan... haha

Seronok pergi kenduri kahwin... Rindu nak makan nasi minyak. Semalam siap ade 'dendeng' daging (tak reti eja) lagi. kewlll!!!

Kalau pegi kenduri kahwin tak tangkap gamba rasa macam pergi shopping tapi tak dapat apa-apa.
Kena laa tangkap gambar... jeng jeng jeng!


 dua dari kanan tu pengantin perempuannya. Tudung pink tu. 
Orang kampung koi kot. Warga Pahang darul makmur.

Pengantin bergambar kenangan bersama Warga Warwick.

Bakal-bakal pengantin yang turut hadir memeriahkan majlis.

Gadis-gadis and the bride. Kita mengambil aura perkahwinan dari si pengantin.

Bakal-bakal pengantin dari Pahang.

Gadis-gadis kota jugak turut hadir.

The teachers... "Kami bersedia untuk berkhidmat untuk anak bangsa!"

After attending the ceremony,

Kita bersama-sama menikmati keindahan musim bunga. We are enjoying the sun and the scenes.

 Krew Jelajah Musim Bunga Warwick'12

 Bergambar kenangan di depan Cryfield Old Farmhouse. 



Kami teruskan perjalanan ke Tocil Wood...

Berhenti berehat.

Jelajah musim bunga diakhiri di hadapan Warwick Prayer Hall.


Sekian. Laporan Musim Bunga 2012.