Hari sabtu yang lalu aku telah warnakan kehidupan aku dengan warna pink iaitu warna seorang pendidik yakni AKU. sebab aku pakai baju bunga-bunga pink untuk pergi mengajar anak-anak akak-akak dan abang-abang postgrad.
Nama sekolah tu sekolah al-hidayah (penah masuk al-hidayah kat tv3). Markasnya di Muslim Resource Centre di Foleshill Coventry. Bagus dan sangat bernas idea membuka kelas macam ni untuk budak-budak ni sebab bm diorang memang hancuss... ke laut. banyak perkataan bm tak tahu. aku sedang umur tu test bm A+++. heheh.
Bagus laa kelas macam ni ada. so that BAHASA MELAYU tak luput ditelan zaman. Nanti kang balik Malaysia, satu patah haram tak reti cakap melayu. Akan menjadi satu cabaran untuk cikgu2 bm di masa hadapan. Cikgu bi boleh silang panggung tengok drama korea.
Al-kisahnya, kelas tu terbahagi kepada 3:
Tahap 1:
Kanak-kanak riang dan lincah. Range umur dalam 2-8 tahun.
Tahap 2:
Kanak-kanak besar sket.
Tahap 3:
Budok beso. sekolah menengah laa senang cite.
Mekk mengajar Level 1, Dell ajar level 3. kitorang siap lat ta li lat nak decide sape ajar level 3. alik-alik yang kene Dell. Aku memulakan langkah dengan ambik tahap 1 atau pengetua al-hidayah panggil level 1. Sesungguhnya, kite kene mulakan dengan langkah kecik nanti seluar koyak. jangan gelojoh. InsyaAllah lepas ni aku taknak ambil level 1 lagi. Sebab budak-budak ni bahaya..... Aku tak cukup tangan nak handle 10 orang budak besar tu. Kalau adik aku boleh laa di tangan-tangan kan aje kalau aku tengah cakap diorang pegi main tolak-tolak kerusi. mentang-mentang kerusi ada roda. Boleh main keliling kelas.
Ape aku buat dengan mereka yang sangat kinestatic ni??
Takyah fikir panjang. Mula-mula aku heret je mereka ke meja. Tapi aku sedar kalau aku buat macam ni selalu. Main kejar-kejar dgn diorang aku akan kehilangan tenaga dengan cepat. Mungkin pengsan! Jadi aku buat perjanjian dengan diorang. Kalau diorang berjaya spell perkataan-perkataan yg aku kasi dgn betul. Kita nyanyi sambil joget-joget!
HOOORAY!!! bersorak keriangan budak-budak ni
Aku baru nak ajar, sorang budak ni dah request. "Kak ika, i want to draw"
Aku mula berfikir. Takkan aku nak kasi budak ni melukis tanpa tujuan. Jadi aku improvise sket. Aku suruh diorang lukis one picture or a situation and name it in BM. If tak tahu tanya aku. Instruction aku terpaksa translate dlm bi jugak. Mula-mula aku cakap bm je diorang dah tercengang.
Then, aku mula edarkan kertas dan pensel. Mereka-mereka yg demand siap request: "kak ika, i want pencil with eraser on the top"
puas pulak aku selongkar box teaching aid tu carik pensil ada pemadam nak puaskan hati masing-masing.
Ok mereka start melukis. ada yg berbakat tu aku boleh terjemahkan lagi lukisan mereka. Ada yg pegang pensel pon tak betul, lukisan mereka mungkin picaso je boleh terjemah.
Habis session pertama, anak murid aku sudah tak senang duduk. Masing-masing aku tengok dah gatal nak bangun dari kerusi. Sorang budak ni dah buat-buat nak susu laa. Aku pon kasi minum susu. Aku mulakan session kedua, sambil aku ajar eja perkataan kat budak-budak lain, die minum susu botol. Indahnya dunia.
Sedang aku asyik mengajar,
aku: M A ma
budak-budak: M A ma
aku: T A ta
budak-budak: T A ta
aku: MATA
budak-budak: MATA
aku: good! ok next one. M A ma
budak-budak: M a ma
aku: D U du
budak A: kak ika, i want wee wee
aku: ok. jom.
Jadinya, aku pon kene uruskan budak yg ada hajat tersebut. Sebelum tu aku sempat melantik seorang ketua yang aku rasa boleh diharap untuk tengok kan kelas tu.
Selesai.
Balik kelas. separuh kelas dah start main tolak-tolak kerusi keliling kelas. Ada yang terlebih rajin padam satu meja dengan pemadam. Konon-konon nak kasi bersih. Itulah dia. Sekejap je tu aku tinggalkan diorang.
Aku tengok budak-budak kelas mekk dah siap main-main kejar-kejar lagi. Cepat benor habisnya. Dell, dengan bergayanya duduk kat meja sambil menanggu dagu. Buat discussion je. Tengok ajar budak besar tak penat. Masing-masing reti duduk diam-diam.
hohohoho.... Penat kejap aku mengajar level 1 sebab kene attend sorang-sorang dalam kelas tu. Tapi BEST sebab mereka sangat riang. Jadi aku pon riang.
Aku berpendapat wujudnya sekolah macam ni kat sini sangat satu rahmat. At least, budak budak ni takde laa lupa terus keindahan bahasa melayu, ilmu-ilmu agama dll... kat sekolah ni jugak dah jadi tempat postgrad jumpe tiap hari sabtu. Makan sama-sama, sembahyang berjemaah, dan borak-borak. Yang paling seronok budak-budak laa, riang gembira main tolak-tolak kerusi.
^_^